Sabtu, 18 Ogos 2012

Kejayaan Anak Keturunan Bawean Singapura Yang Amat Membanggakan

Pada tahun ini, salah seorang di antara pelajar yang menerima Biasiswa Presiden adalah seorang yang berketurunan Bawean. Kejayaan Saudara Adil Hakeem Mohamad Rafee sebagai Penerima Biasiswa Presiden tahun 2012 sangat membanggakan masyarakat Melayu/Islam di Singapura terutama sekali mereka yang berketurunan Bawean Singapura. Saudara Adil Hakeem juga adalah anak saudara kepada Haji Suhaimi Salleh, penerima anugerah Bawean Teladan 2009. Ikuti laporan Cyberita di halaman berikut.

Melayu Pertama Selepas 44 tahun

Bukti Pelajar Melayu Mampu Capai Kecemerlangan

Yaacob: Kejayaan yang amat membanggakan

Kejayaan Adil Hakeem diharap jadi perangsang kepada pelajar Melayu

Di halaman ini, Presiden dan seluruh Anggota Jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Adil Hakeem Mohammad Rafee serta Ayahnya, Encik Mohamad Rafee dan Ibunya, Cik Zulinah Mooksan. Kami turut berbangga atas kejayaan saudara Adil Hakeem sebagai salah seorang dari lima orang pelajar yang menerima Biasiswa Presiden tahun 2012. Semoga kejayaan saudara akan jadi pemangkin kepada para pelajar Melayu/Islam untuk terus mara kehadapan memburu kecemerlangan dalam bidang pelajaran.