Pulau Bawean; Tanah Air Tradisional Bawean Singapura
Selamat Datang ke Pulau Bawean |
Asal-usul keturunan rakyat Singapura yang berdarah Bawean ialah dari Pulau Bawean, Indonesia. Pulau ini terletak di tengah Laut Jawa di antara Tanah Besar Jawa dan Pulau Borneo. Ia mempunyai keluasan sekitar 194,11 kilometer persegi [1]. Pertenggahan pulau ini didominasi oleh gunung berapi yang telah lama [2].
Kapal Laju - Express Bahari |
Pulau Bawean terbahagi kepada dua kecamatan iaitu Kecamatan Sangkapura dan Kecamatan Tambak. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa pulau kecil seperti Pulau Batu Kerban, Karang Bilah, Tanjung Cina, dan Nusa di bahagian Tambak [1]. Manakala Pulau Gili, Noko, Selayar, Telur di bahagian Sangkapura [1]. Pulau ini adalah sebahagian dari wilayah daerah kabupaten Gresik, propinsi Jawa Timur [1]. Perjalanan ke Pulau Bawean dari Gresik memakan masa kira-kira tiga hingga empat jam dengan menaiki bot laju.
Sawah Padi bertirai latar bukit-bakau |
Pulau Bawean adalah sebuah pulau yang berbukit-bakau. Puncak tertinggi ialah 656m yang terletak di pertengahan pulau ini [1]. Di sini terdapat beberapa tasik dan yang terbesar adalah Telaga Kastoba. Ianya adalah sebuah Danau seluas 0.3 kilometer dan sedalam 140 meter [2]. Di pulau ini juga terdapat beberapa anak sungai dan air terjun. Air Terjun Laccar dan Patar Selamat adalah yang tertinggi sekali [2].
Telaga Kastoba |
Pulau ini juga mempunyai banyak mata air panas dengan suhu kira-kira 40 darjah celcius di mana airnya mempunyai belerang [1]. Kebun Daya dan Taubat adalah di antara mata air panas yang ada di Pulau Bawean [2]. Air untuk keperluan rumah pula diperolehi dari sumber-sumber air di pergunungan yang dialirkan melalui paip. Di pulau ini juga hidupnya Axis Hyelaphus Kuhlii, sejenis spesies rusa yang hampir pupus.
Rusa Bawean - Axis Hyelaphus Kuhlii |
Penduduk Pulau Bawean pada tahun 2009 telah mencecah kira-kira 75,000 orang [2]. Akan tetapi lebih dari 26,000 orang yang tinggal di luar Pulau Bawean untuk berkerja [2]. Kebanyakkan di antara mereka yang keluar mencari rezeki di tempat orang adalah lelaki. Ini menyebabkan populasi perempuan di pulau ini melebihi populasi lelakinya. Oleh kerana itu Pulau Bawean juga dikenali sebagai Pulau Putri.
Etnis terbesar penduduk Bawean adalah Suku Bawean dan bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Bawean. Terdapat bangsa-bangsa mendatang seperti Suku Jawa, Madura, Bugis dan Mandailing yang menetap di Pulau Bawean ini [1]. Sering sekali orang-orang Bawean disalah anggap sebagai orang-orang Madura kerana pertuturan bahasa Bawaen mirip sekali dengan bahasa Madura. Di Singapura, penyebutan ‘’Bawean’’ bertukar menjadi ‘’Boyan’’. Mungkin ini disebabkan sebutan yang kurang tepat oleh orang-orang berbangsa Inggeris semasa jajahan British dahulu.
Pasar Tambak |

Rujukan
[1] Dr. Drajat Tri Kartono (2004). Orang Boyan Bawean; Perubahan Lokal dalam Transformasi Global. ms2, ms3, ms4. Pustaka Cakro Surakarta, P.O. Box 146 Surakarta, Indonesia.