Memaparkan catatan dengan label Pulau Bawean. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Bawean. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Fakta - Pulau Bawean 1999

Keratan dari buku kecil sempena Majlis Jamuan Teh Bawean Teladan 1999
Di bawah adalah tulisan mengenai Pulau Bawean dari petikan buku kecil yang di terbitkan sempena Majlis Jamuan Teh Bawean Teladan 1999


''Walaupun Pulau Bawean sangat terkenal di kalangan kita, namun tidak ramai yang mengetahui tentang pulau ini. Salah sebuah buku yang pernah dihasilkan mengenainya ialah 'Mengembara Ke Pulau Bawean' tulisan Kalam Hamidi atau nama sebenarnya Abdul Malek Abdul Hamid dan diterbitkan pertama kali dalam 1989.
Pulau Bawean terletak dekat Surabaya di Pulau Jawa. Untuk mengunjunginya kita perlu menaiki kapal mengharungi Laut Sunda Jawa. Setakat ini belum ada lapangan terbang yang didirikan di sana.
Keluasan pulau ini adalah lebih besar sedikit daripada Singapura yang luasnya ialah 625 kilometer persegi – sekitar 18 kilometer hingga 20 kilometer lebih lebar.
Walaupun belum menjadi pusat pelancongan, pulau ini lengkap dengan pembangunan di pekannya seperti pejabat-pejabat pemerintah, balai polis, pejabat pos dan telegraf, hospital, sekolah serta bangunan datuk bandar dan kastam. Namun, kenderaannya boleh dibilang dengan jari. Mengikut jangkaan terbaru, bilangan penduduk Pulau Bawean ialah sekitar 86,000 orang. Jumlah kampong kediaman sebanyak 30 buah.
Bilangan penduduknya mungkin kerana ramai yang merantau ke luar negeri. Di Singapura saja penduduk asal Pulau Bawean dianggar sekitar 100,000 orang.
Setiap kampong mempunyai sekurang-kurangnya sebuah masjid tetapi surau-surau bertaburan di sana sini memandangkan seluruh penduduk Pulau Bawean beragama Islam.
Kebanyakan mereka menyara hidup dengan bertani kerana tanahnya subur atau menjadi nelayan. Pernah orang berkata, campak saja batang ubi apabila hujan panas di tanah Bawean, maka tumbuhlah pucuknya.
Pulau Bawean terbahagi kepada dua kacamatan – Kacamatan Sangkapura dan Kecamatan Tambak.
Menurut buku itu, Kecamatan Sangkapura mempunyai 17 desa iaitu Desa-Desa Swahmulya, Lebak, Kotakusuma, Sungaiteluk, Patarselamat, Lebak, Bululanjang, Pudadittimur, Padakitbarat, Suwari, Kumalasa, Deketagung, Gunungteguh, Sungairujing, Balikterus, Daun, Kebuntelukdalam dan Sidogedungbatu.
Kacamatan Tambak pula mempunyai 13 desa iaitu Desa-Desa Tambak, Tanjungeri, Paremaan, Gerejeg, Pekalongan, Sukaoneng, Sukalela, Kalempanggubug, Gelam, Telukjadtidawang, Diponggo, kepuhteluk dan Kepuhlegundi.
Mengikut sejarah, nama Pulau Bawean itu bukan nama asalnya. Sebelum itu ia dikenali sebagai Pulau Majidi. Namanya bertukar kepada Pulau Bawean apabila dalam 1350 Masihi, serombongan orang, munkin pembesar negerim pergi ke Pulau Majidi. Setibanya di sana, cuaca yang mulanya berkabus menjadi terang-benderang.
Melihat perubahan suasana itu, ketua mereka secara spontan berkata 'Ba We An' yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'sinar' (ba) 'matahari' (we) dan 'ada' (an). ''

Isnin, 20 Jun 2011

Sebutan Lain Untuk Pulau Bawean

Pulau Bawean dikenali dengan pelbagai sebutan. Berikut adalah sebutan-sebutan yang sering digunakan selain dari nama Pulau Bawean itu sendiri.

1.Pulau Maji
Madji dalam bahasa arab berarti uang logam.
Pulau Bawean juga disebut Pulau Maji karena bentuknya yang menyerupai uang logam.

2. Pulau Majeti

Dalam kisahnya, Aji Saka sering menyebut Majeti sebagai pulau persinggahannya dan kedua punakawannya yaitu Dora dan Sembada. Tetapi yang mungkin dimaksud Majeti di sini adalah Pulau Madji. 

3. Pulau Baweyan
Ada dalam literatur Jawa Kuno yakni kitab Asrar yang kemudian dikenali dengan Buku Jangka Jaybaya.  Disebutkan dalam buku tersebut bahwa masuk ke pulau Jawa pada abad tujuh masehi.

4. Pulau Bawean
Sebutan ini diberikan oleh Armada Kerajaan Majapahit pada saat mereka berhasil selamat dan mendarat di pulau itu.


5. Pulau Boyan
Banyaknya orang asing yang kesulitan untuk mengucapkan Bawean karena pengaruh logat, kemudian menggantinya dengan sebutan Boyan. Begitu juga dengan para putera Bawean yang lahir dan dibesarkan di Malaysia atau Singapura, mereka yang tinggal di Malaysia menyebutnya "Kampung Boyan dan "Pondok Boyan" bagi yang tinggal di Singapura.

6. Pulau Datuk (Dato)
Pada zaman dahulu, pulau Datuk adalah sebutan sopan untuk pulau Bawean. Penduduk asli pulau Bawean tidak akan berani mengucapkan pulau Bawean di tengah laut dan akan menggantinya dengan pulau Datuk, setelah mereka merantau lama di negeri orang. Mereka akan berani mengucapkannya kembali setelah mereka menginjakkan kakinya di Pulau Bawean.


7. Pulau Puteri
Sebutan untuk pulau ini pada mulanya di populerkan oleh para wartawan koran dan majalah. Hal ini dikarenakan banyaknya kaum lelaki yang merantau sehingga yang tinggal disana hanyalah kaum hawanya saja.


8. Pulau Tripardikan
Nama ini diberikan oleh Drs. Isa Moekti, Pembantu Bupati Daerah tingkat II Gresik wilayah kerja Bawean. Beliau menyimpulkan bahwa pulau Bawean merupakan pulau santri, pariwisata, pendidikan dan pulau anyaman yang di singkat menjadi pulau Tripardikan. Disebut Pulau Tripardikan karena selama menjabat beliau memperhatikan bahwa pulau bawean lebih menonjol pada bidang bidang tersebut.



(Dipetik dari Lelaman Lama PBS. Sumber asal : Warta Giri Edisi 53 / Gresik online )

Jumaat, 17 Jun 2011

Pulau Bawean; Tanah Air Tradisional Warga Singapura keturunan Bawean

Selamat Datang ke Pulau Bawean

Asal-usul keturunan rakyat Singapura yang berdarah Bawean ialah dari Pulau Bawean, Indonesia. Pulau ini terletak di tengah Laut Jawa di antara Tanah Besar Jawa dan Pulau Borneo. Ia mempunyai keluasan sekitar 194,11 kilometer persegi [1]. Pertenggahan pulau ini didominasi oleh gunung berapi yang telah lama [2].

Kapal Laju - Express Bahari

Pulau Bawean terbahagi kepada dua kecamatan iaitu Kecamatan Sangkapura dan Kecamatan Tambak. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa pulau kecil seperti Pulau Batu Kerban, Karang Bilah, Tanjung Cina, dan Nusa di bahagian Tambak [1]. Manakala Pulau Gili, Noko, Selayar, Telur di bahagian Sangkapura [1]. Pulau ini adalah sebahagian dari wilayah daerah kabupaten Gresik, propinsi Jawa Timur [1]. Perjalanan ke Pulau Bawean dari Gresik memakan masa kira-kira tiga hingga empat jam dengan menaiki bot laju.

Sawah Padi bertirai latar bukit-bakau

Pulau Bawean adalah sebuah pulau yang berbukit-bakau. Puncak tertinggi ialah 656m yang terletak di pertengahan pulau ini [1].  Di sini terdapat beberapa tasik dan yang terbesar adalah Telaga Kastoba.   Ianya adalah sebuah Danau seluas 0.3 kilometer dan sedalam 140 meter [2]. Di pulau ini juga terdapat beberapa anak sungai dan air terjun. Air Terjun Laccar dan Patar Selamat adalah yang tertinggi sekali [2].

Telaga Kastoba

Pulau ini juga mempunyai banyak mata air panas dengan suhu kira-kira 40 darjah celcius di mana airnya mempunyai belerang [1].  Kebun Daya dan Taubat adalah di antara mata air panas yang ada di Pulau Bawean [2]. Air untuk keperluan rumah pula diperolehi dari sumber-sumber air di pergunungan yang dialirkan melalui paip. Di pulau ini juga hidupnya Axis Hyelaphus Kuhlii, sejenis spesies rusa yang hampir pupus.

Rusa Bawean - Axis Hyelaphus Kuhlii

Penduduk Pulau Bawean pada tahun 2009 telah mencecah kira-kira 75,000 orang [2]. Akan tetapi lebih dari 26,000 orang yang tinggal di luar Pulau Bawean untuk berkerja [2]. Kebanyakkan di antara mereka yang keluar mencari rezeki di tempat orang adalah lelaki. Ini menyebabkan populasi perempuan di pulau ini melebihi populasi lelakinya. Oleh kerana itu Pulau Bawean juga dikenali sebagai Pulau Putri.

Pasar Tambak

Etnis terbesar penduduk Bawean adalah Suku Bawean dan bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Bawean. Terdapat bangsa-bangsa mendatang seperti Suku Jawa, Madura, Bugis dan Mandailing yang menetap di Pulau Bawean ini [1]. Sering sekali orang-orang Bawean disalah anggap sebagai orang-orang Madura kerana pertuturan bahasa Bawaen mirip sekali dengan bahasa Madura. Di Singapura, penyebutan ‘’Bawean’’ bertukar menjadi ‘’Boyan’’. Mungkin ini disebabkan sebutan yang kurang tepat oleh orang-orang berbangsa Inggeris semasa jajahan British dahulu.

Rujukan
[1] Dr. Drajat Tri Kartono (2004). Orang Boyan Bawean; Perubahan Lokal dalam Transformasi Global. ms2, ms3, ms4. Pustaka Cakro Surakarta, P.O. Box 146 Surakarta, Indonesia.
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Bawean (Tarikh 16 June 2011)