Memaparkan catatan dengan label Catatan Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Facebook. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Februari 2012

Pertemuan Rakan Facebook Persatuan Bawean Singapura Yang Kedua - Tahun 2012

Pertemuan Rakan Facebook yang kedua telah selamat berlangsung di Fengshan Community Club/Centre pada hari Sabtu, 28hb Januari 2012 dan telah dirakamkan di dalam Dairi PBS iaitu, blog Ordik PBS. Blog ini telah membuat catatan mengenai majlis pertemuan itu dan berikut adalah petikkan dari catatan di Facebook PBS berkenaan perjumpaan itu.


oleh
Haji Bakri Slamat
pada
28hb Januari 2011

Alhamdulillah ..
Majlis FB PBS sudah selesai, walaupun hanya segelintir yang hadir namun semangat yg di tunjokkan oleh AJK 2 yg hadir tetap menampakkan bahawa mereka2 ini mahukan PBS terus berkembang.. SYABAS PBS!!!!!
Slogan PPS..(Perguruan Pencak Sendeng Singapura)
Kami akan tetap bersama mu PBS.

oleh
Mohamad Yusri
pada
3hb Februari 2011

Nyanyian oleh salah satu pemenang bawean idol. Maaf, video diambil in potrait mode. Tapi, yang pasti, lagu "Sepanjang Perjalanan Ini" nyanyian Zaiton Sameon ditranslatekan ke bahasa bawean sedap didengar :-)
Nyanyian oleh salah satu pemenang bawean idol. Maaf, video diambil in potrait mode. Tapi, yang pasti, lagu "Sepanjang Perjalanan Ini" nyanyian Zaiton Sameon ditranslatekan ke bahasa bawean sedap didengar :-)

Jumaat, 30 September 2011

Penerima Anugerah Bawean Teladan Pertama, Haji Ridzwan Dzafir meninggal dunia


Penerima Anugerah Bawean Teladan Pertama, Haji Ridzwan Dzafir telah meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) sekitar 8.10 pagi pada hari Rabu, 28hb September 2011


Catatan PBS Facebook
oleh
 Hj Faizal Wahyuni
pada
28hb September 2011


"Salam Semua. Seperti yang telah dikhabarkan oleh Sdra Ibrahim Sawifi, penerima Anugerah Bawean Teladan yang pertama, Hj Ridzwan Dzafir telah meninggal dunia pagi tadi. Saya berharap para rakan-rakan FB PBS dapat sekiranya sedekahkan surah Al-Fatiha buat Almarhum. Insya Allah, PBS akan membuat sedikit ringkasan mengenai latarbelakang dan sumbangan besar Almarhum terhadap masyarakat Melayu Singapura dalam masa yang terdekat."


Maklum Balas Catatan pada hari Rabu, 28hb September 2011


 
Al-Fateha... Semoga Rohnya di cucuri rahmat Dan di tempatkan di tempat orang orang beriman... Amin


Takziah kepada keluarga Almarhum Hj Ridzwan Dzafir. Al-Fateha....


Innalillah.
Takziah kpd keluarga Almarhum. Semoga Allah mencucuri rahmat kpd Almarhum. Al Fateha.


Innalillahi Wainnaillaihirojiun. Al-Fateha. Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.


Takziah dari saya sakeluarga. Alfateha...


Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiun> Salam takziah utk keluarga beliau. Al Fateha.

Selasa, 20 September 2011

Salam Lebaran & Anugerah Persatuan Bawean Singapura

Catatan PBS Facebook
oleh
Mohamad Yusri
pada
18hb September 2011


Alhamdulilah, majlis Salam Lebaran Dan Anugerah PBS (2011) anjuran Persatuan Bawean Singapura, yang diadakan pada 17, September lalu, di Hotel Furama Riverfront berjalan dengan lancar dan meriah.

Di sini, PBS ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin dan tetamu undangan yang telah hadir memberikan sokongan dalam acara ini.

Jutaan terima kasih juga dari PBS k...epada toghellen kita dari Bawean dan Batam yang turut menjayakan majlis ini.

Kumpulan Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) pimpinan Pak Cuk Sugrito (Beku-Beku Bhei-Bhei ”JUNIOR”) dengan persembahan "Mandiling" dan "Bata'a" dengan tarian dan lenggok yang unik, mempersonakan para hadirin yang hadir.

Begitu juga dengan Kumpulan Ikatan Keluarga Bawean Batam (IKBB) pimpinan Bapak Haji Mansur dengan persembahan "Kercengan" dan "Samrah.”

Satu persembahan yang mantap dari KTB dan IKBB. Ordhik Pebhian!

Semoga kedua-dua persembahan ini dapat dikembangkan dan diperkenalkan bukan sahaja untuk masyarakat Bawean tetapi di peringkat internasional. Syabas kepada kedua-dua KTB dan IKBB!

Terlalu ramai yang telah melibatkan diri dalam menjayakan acara ini (you know who you are) baik didepan tabir mahupun dibelakang tabir. Jika ada nama2 yang saya terlupa, mohon maaf dan pada yang ingat harap dapat melanjutkan komen saya.

Gambar-gambar acara Salam Lebaran ini akan diupload pada masa terdekat di laman FB (PBS) dan kepada yang telah merakamkan acara ini, harap-harap dapat juga berkongsi.

Salam Ikhlas,
Yusri

Rabu, 14 September 2011

Sejarah Penerima-Penerima Anugerah Bawean Teladan II

Catatan PBS Facebook
oleh
 Hj Faizal Wahyuni
pada
12hb September 2011


"Maaf kerana kelewatan sambungan mengenai sejarah penerima-penerima Anugerah Bawean Teladan.

Almarhum Ustadz Hj Embek Ali merupakan penerima Anugerah Bawean Teladan yang kedua selepas Encik Hj Ridzwan Dzafir. Selain daripada pembentuk dan pelopor persatuan PERDAUS, Almarhum juga telah memainkan peranan penting dalam membasmi ajaran-ajaran sesat di Singapura pada tahun 1980an dan 1990an.

Sumbangan beliau dalam mebanteras ajaran sesat telah diiktiraf oleh pihak MUIS. Bagi pihak PERDAUS, Almarhum telah dapat menarik dan mengasuh pemimpin-pemimpin muda seperti Encik Masagos Zukifli, yang pada ketika itu adalah CEO/Naib Presiden, SingTel Global Offices dan para asatizah muda seperti Ustadz Haniff Hassan dll untuk bergiat dan setelah itu mengambil alih kepimpinan PERDAUS daripada Almarhum.

Seperti yang diketahui umum, Encik Masagos Zulkifli sekarang adalah Menteri Negara bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan cara ini, PERDAUS telah dapat menubuhkan Mercy Relief hingga ianya maju dan membesar hingga setanding dengan Red Cross bagi kerja-kerja peri kemanusiaan.

Saya mohon agar kita dapat sekiranya sedekahkan surah Al-Fatihah bagi Almarhum yang telah mengharumkan nama orang Bawean di Singapura. Al-Fatihah"

Selasa, 13 September 2011

Sejarah Penerima-Penerima Anugerah Bawean Teladan I


Catatan PBS Facebook
oleh 
Hj Faizal Wahyuni
 pada
14hb July 2011
"Anugerah Bawean Teladan adalah satu pengiktirafan dari PBS kepada anak-anak Phebien Singapura yang telah membuat pencapaian yanng dapat dibanggakan oleh masyarakat Bawean. Anugerah ini juga diharap dapat memberi satu galakkan kepada generasi muda Bawean.

Bermula pada tahun 1999, penerima pertama Anugerah Bawean Teladan pada tahun itu adalah Hj Ridzwan Dzafir, mantan Director-General, Trade Development Board. Presiden MUIS dan juga Duta Besar ke Bangladesh. Hj Ridzwan pada satu ketika merupakan civil servant Melayu/Islam berpangkat tertinggi di Singapura. Jadi pencalonan beliau amat tepat sebagai penerima pertama Anugerah ini, hinggakan berita tentang pemberian Anugerah ini telah dimuatkan dalam mukasurat hadapan Berita Minggu keesokkan harinya.

Salam dan berjumpa lagi bagi sedikit maklumat untuk penerima Anugerah Bawean Teladan yang kedua."

Pertemuan PBS dan IKBB

Catatan PBS Facebook
oleh
Haji Faizal Wahyuni
pada
14hb July 2011


"PBS telah bertemu dengan pihak Ikatan Keluarga Bawean Batam pada 25 & 26 June. Kebetulan Bpk Baharuddin dari Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) dari Pulau Bawean sedang berada di Batam kerana menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya.

Tujuan PBS (rombongan seramai 22 orang) bertemu dengan IKBB adalah untuk:-

Pertama, membentuk satu kumpulan budaya Bawean dibawah kelolaan IKBB dan di beri sokongan kewangan oleh PBS;

Kedua, adalah untuk menilai mutu persembahan dari kumpulan budaya yang ada sekarang.

Perbincangan selepas ba'da Isyak hingga hampir jam 12 malam telah berakhir dengan rombongan seramai 30 pegawai serta penghibur dari IKBB dan KTB diundang untuk membuat persembahan di majlis Anugerah Bawean Teladan (Halal Bil Halal) PBS pada 17 September 2011 di Furama Hotel.

Rancangan sedang dibuat untuk beberapa ahli JKT PBS melawat Batam sekali lagi untuk melihat acara persembahan yang akan di muatkan di Anugerah Bawean Teladan kelak. Salam"