Jumaat, 4 November 2011

Bertutur Bahasa Bawean 3

PERSATUAN BAWEAN SINGAPURA
Kumpulan Facebook PBS

Dialog Bahasa Bawean
(Episod 3)

(Aspital = Hospital)


Kumpulan Kosa Kata

1.    ëmbë-ërik = semalam

2.    ka-aspital = ke hospital

3.    ngantër = hantar

4.    pipfik = mak cik

5.    jëriak = dia/itu

6.    labu = jatuh

7.    eh-pa-aehngan = di bilik air

8.    kassan = ke sana

9.    mareh = siap

10.  naek = naik

11.  eh-soroh = disuruh

12.  moleh = pulang


Kumpulan Ayat

1. Ěmbë-ërik ka aspital (Semalam ke hospital)

2. Ngantër pip-fik (menghantar mak cik)

3. Jëriak labu eh-pa-aehngan (Dia terjatuh di bilik air)

4. Kassan naek teksi (Ke sana naik teksi)

5. Mareh eh-pareksa duktur (Siap diperiksa doktor)

6. Eh-soroh moleh (Disuruh pulang)


Nota:

a) “ka” dan “eh” ialah kekata awalan (prefix) untuk kekata perbuatan.

b) bunyi “o” dalam “soroh” dan “moleh” dibunyikan seperti perkataan Inggeris “more”, “for”

Bertutur Bahasa Bawean 2

PERSATUAN BAWEAN SINGAPURA
Kumpulan Facebook PBS

Dialog Bahasa Bawean
(Episod 2)

(Kanca : Kawan/Teman)


Kumpulan Kosa Kata

1. moloh = banyak

2. kanca = kawan

3. bëbineh = perempuan / wanita

4. lalakeh = lëlaki

5. bën = dan

6. tengkhi = tinggi

7. acap = sëring

8. dëtëng = datang

9. angkui = pakai

10. junifom = unifom


Kumpulan Ayat

1. Kanca-nah moloh (Ramai kawan)

2. Bëbineh bën lalakeh (Perempuan dan lelaki)

3. Lalakeh-nah tengkhi (Lelaki-nya tinggi)

4. Bëbini-nah anthëp (Perempuan-nya pendek)

5. Acap dëtëng (Sering datang)

6. Angkui junifom (Pakai uniform/seragam)


Nota:

a) “bën” adalah singkatan kekata “kalabën” yang bermakna “dan/bersama”

b) “nah” kata akhiran yg bermakna ”nya”

Bertutur Bahasa Bawean 1

PERSATUAN BAWEAN SINGAPURA
Kumpulan Facebook PBS

Dialog Bahasa Bawean
(Episod 1)

(Sekollah : Sekolah)


Kumpulan Kosa Kata

1. bëngko = rumah

2. rajë = bësar

3. amphin = ambin

4. sëmak = dëkat

5. bëdë = ada

6. labëng = pintu

7. këbëi = bikin

8. tëpeh = tëpi (pinggir)

9. soko = kaki

10. cëlan = jalan

11. phuru = baru (belum lama)

12. dëduëk = dua


Kumpulan Ayat

1. Bëngko-nah rajë (Rumah-nya besar)

2. Phuru eh-këbëi (Baru di-buat)

3. Sëmak ka-masekit (Dekat dengan masjid)

4. Tëpeh cëlan (Tepi Jalan)

5. Bëdë amphin (Ada ambin)

6. Dëduëk labëng (Dua pintu)


Nota: “nya” dan “eh” ialah kekata awalan (prefix).

Isnin, 24 Oktober 2011

Masyarakat Bawean Singapura di Project Neighbourhood Episod 4

Rancangan "Project Neighbourhood: Serangoon" arahan Saudara Sanif Olek yang ditayangkan di Okto Channel pada Khamis, 20hb Oktober 2011 jam 10.00 malam telah diselitkan kewujudan kampung masyarakat Bawean Singapura pada masa silam di kawasan Serangoon "Little India".  Ayuh! Mari nonton rancangan ini di MSN video. Sila petik di bawah untuk menonton...


Project Neighbourhood: Serangoon 

Rabu, 5 Oktober 2011

Mengabadikan Allahyarham Ridzwan Dzafir di halaman Muzium PBS

Kematian adalah suatu yang pasti bagi setiap insan yang hidup di muka bumi ini. Ianya adalah pemergian yang tiada kembali lagi ke dunia ini. Pemergian Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir, 84 tahun, ke rahmatullah pada hari Rabu, 28hb September 2011 adalah satu kerugian besar bagi masyarakat Melayu Singapura terutama sekali mereka yang berketurunan Bawean.

Di halaman ini, Muzium PBS mengabadikan Allahyarham Ridzwan Dzafir, seorang anak keturunan Bawean, melalui catatan ini yang merupakan himpunan pautan-pautan dari halaman-halaman siber yang menulis tentang jasa bakti beliau. Sila lungsuri....

"Ridzwan Dzafir meninggal dunia" oleh Azhar Mohd dari Cyberita

"Pemimpin berdedikasi dan amat berkebolehan" oleh Azhar Mohd dari Cyberita

''Community leader Ridzwan Dzafir, has died'' by XINMSN news

"Ex-MUIS chief and former civil servant Ridzwan Dzafir dies" by Todayonline

''Ex-MUIS chief Ridzwan Dzafir, 84, dies'' by Channel NewsAsia

"Prominent Malay community leader Ridzwan Dzafir dies" by StraitsTimes

''NUS mourns the passing of Pro-Chancellor Haji Ridzwan Dzafir'' by NUS Newshub

''Ex-MUIS chief Ridzwan Dzafir dies'' by AsiaOne

''The Man Who Re-engineered MUIS'' by Warita

''Pondok Boy Made Good'' by Warita