Isnin, 28 Mei 2012

Takziah


 Allahyarhamah
Hjh Rohani Bte Dahri

Mantan Ahli Jawatankuasa (1997-2010)
Persatuan Bawean Singapura (PBS)

Presiden dan seluruh Ahli Jawatankuasa
Persatuan Bawean Singapura
merakamkan ucapan takziah
kepada keluarga Allahyarhamah
atas pemergiannya ke Rahmatullah
pada 29 March 2012.

Semoga mereka tetap bersabar dalam menghadapi saat sedih ini.

Kami mendoakan semoga Allah s.w.t.
mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah 
dan mengampuni segala dosa-dosanya
serta menempatkan rohnya bersama roh para solehah.

Amin!

Daripada
PRESIDEN dan AHLI JAWATANKUASA
Persatuan Bawean Singapura

Sabtu, 4 Februari 2012

Pertemuan Rakan Facebook Persatuan Bawean Singapura Yang Kedua - Tahun 2012

Pertemuan Rakan Facebook yang kedua telah selamat berlangsung di Fengshan Community Club/Centre pada hari Sabtu, 28hb Januari 2012 dan telah dirakamkan di dalam Dairi PBS iaitu, blog Ordik PBS. Blog ini telah membuat catatan mengenai majlis pertemuan itu dan berikut adalah petikkan dari catatan di Facebook PBS berkenaan perjumpaan itu.


oleh
Haji Bakri Slamat
pada
28hb Januari 2011

Alhamdulillah ..
Majlis FB PBS sudah selesai, walaupun hanya segelintir yang hadir namun semangat yg di tunjokkan oleh AJK 2 yg hadir tetap menampakkan bahawa mereka2 ini mahukan PBS terus berkembang.. SYABAS PBS!!!!!
Slogan PPS..(Perguruan Pencak Sendeng Singapura)
Kami akan tetap bersama mu PBS.

oleh
Mohamad Yusri
pada
3hb Februari 2011

Nyanyian oleh salah satu pemenang bawean idol. Maaf, video diambil in potrait mode. Tapi, yang pasti, lagu "Sepanjang Perjalanan Ini" nyanyian Zaiton Sameon ditranslatekan ke bahasa bawean sedap didengar :-)
Nyanyian oleh salah satu pemenang bawean idol. Maaf, video diambil in potrait mode. Tapi, yang pasti, lagu "Sepanjang Perjalanan Ini" nyanyian Zaiton Sameon ditranslatekan ke bahasa bawean sedap didengar :-)