Selasa, 20 September 2011

Salam Lebaran & Anugerah Persatuan Bawean Singapura

Catatan PBS Facebook
oleh
Mohamad Yusri
pada
18hb September 2011


Alhamdulilah, majlis Salam Lebaran Dan Anugerah PBS (2011) anjuran Persatuan Bawean Singapura, yang diadakan pada 17, September lalu, di Hotel Furama Riverfront berjalan dengan lancar dan meriah.

Di sini, PBS ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin dan tetamu undangan yang telah hadir memberikan sokongan dalam acara ini.

Jutaan terima kasih juga dari PBS k...epada toghellen kita dari Bawean dan Batam yang turut menjayakan majlis ini.

Kumpulan Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) pimpinan Pak Cuk Sugrito (Beku-Beku Bhei-Bhei ”JUNIOR”) dengan persembahan "Mandiling" dan "Bata'a" dengan tarian dan lenggok yang unik, mempersonakan para hadirin yang hadir.

Begitu juga dengan Kumpulan Ikatan Keluarga Bawean Batam (IKBB) pimpinan Bapak Haji Mansur dengan persembahan "Kercengan" dan "Samrah.”

Satu persembahan yang mantap dari KTB dan IKBB. Ordhik Pebhian!

Semoga kedua-dua persembahan ini dapat dikembangkan dan diperkenalkan bukan sahaja untuk masyarakat Bawean tetapi di peringkat internasional. Syabas kepada kedua-dua KTB dan IKBB!

Terlalu ramai yang telah melibatkan diri dalam menjayakan acara ini (you know who you are) baik didepan tabir mahupun dibelakang tabir. Jika ada nama2 yang saya terlupa, mohon maaf dan pada yang ingat harap dapat melanjutkan komen saya.

Gambar-gambar acara Salam Lebaran ini akan diupload pada masa terdekat di laman FB (PBS) dan kepada yang telah merakamkan acara ini, harap-harap dapat juga berkongsi.

Salam Ikhlas,
Yusri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan