Rabu, 5 Oktober 2011

Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir ; Mengenang Ketokohan, Jasa dan Bakti

Sebagai mengenang ketokohan, jasa dan bakti Allayarham Haji Ridzwan Dzafir kepada negara, rakyat dan masyarakat Singapura, Muzium PBS mencatatkan kejayaan Allahyarham sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam dan Diplomat yang amat membanggakan masyarakat Melayu Singapura, khususnya mereka yang berketurunan Bawean. Ikutilah belangsungkawa Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir tulisan Haji Morni Sulaiman, Penerima Anugerah Bawean Jawasan 2011.


Belangsungkawa
Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir
oleh Haji Morni Sulaiman,
Penerima Anugerah Bawean Jasawan 2011


Masyarakat Melayu Singapura, khususnya yang berketurunan Bawean kehilangan seorang tokoh masyarakat yang cemerlang di persada Perkhidmatan Awam Singapura.

Tokoh masyarakat yang saya maksudkan ialah allahyarham Haji Ridwan Dzafir.

Allahyarham, 84 tahun, yang penah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki yang pertama dan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) sekitar 8.10 pagi Rabu 28 September 2011 kerana sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajah Mushrifah Abdul Aziz, lima anak, lapan cucu dan empat cicit.

Allahyarham dibesarkan bersama 7 orang adik-beradik dari keluarga yang berpendapatan rendah.  Ayah Allahyarham bekerja sebagai drebar road-roller sambil melakukan kerja-kerja tambahan sebagai guru mengaji Al-Quran dan tukang sunat (Khitan).

Allahyarham sewaktu berusia enam tahun pernah mengalami hidup di sebuah Pondok Bawean - Pondok Sungai Topo yang terletak di Jalan Kelapa.

PENDIDIKAN
Bermula dengan pendidikan awal dari Sekolah Melayu Geylang, Allahyarham seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Teluk Kurau English School.  Berbekalkan prestasi cemerlang dari sekolah rendah, Allahyarham berjaya melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution.  Allahyarham lulus peperiksaan Darjah Sembilan (Standard Nine) di Raffles Institution dan seterusnya meraih biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Raffles College.

KERJAYA
Setelah lulus pengajian dari universiti Allahyarham memulakan tugas sebagai pegawai muda (junior officer) di Jabatan Kastam pada tahun 1952.  Allahyarham mencapai kemuncak kerjayanya sebagai Director General, Trade Development Board pada tahun 1983.

Setelah bersara dari Perkhidmatan Awam, bakat dan pengalaman Allahyarham telah dimanfaatkan oleh pihak pemerintah dengan melantik Allahyarham sebagai Duta Kelana (Ambassador at large) ke Negara Amerika Latin -Argentina, Brazil, Chile dan Panama dari tahun 2005 hingga 2008.

Di antara tugas-tugas yang telah di amanahkan kepada Allahyarham adalah:

1986 -1990
Presiden
Majlis Ugama Islam Singapura

1990 -1991 
CEO
Yayasan MENDAKI

1993            
Pro-Chancellor
National University of Singapore

1992 - 2007
Anggota Lembaga Penasihat Presiden
Anggota Lembaga Penasihat Presiden Bagi Masyarakat Minoriti

1999
Pengerusi
Taman Warisan Melayu

2007
Naib Pengerusi
Jawatankuasa Lembaga Pengamanah Asean Foundation

Selain dari perlantikan tersebut di atas, pengalaman dan kepakaran Allahyarham turut di manfaatkan oleh pelbagai badan berkanun dan organisasi kemasyarakatan.

Di antaranya ialah perlantikan sebagai:

Anggota
Lembaga Singapure International Foundation

Anggota
Lembaga Pengamanah National Trade Union Congress

Anggota
Lembaga Penasihat PERTAPIS

Presiden
Syarikat Koperatif Serbaguna Guru-Guru Melayu Singapura

Pengerusi
Lembaga Penasihat Majlis Pusat


ANUGERAH DAN PINGAT PENGHORMATAN
Anugerah dan Pingat Penghormatan yang pernah diterima oleh Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir. Khidmat cemerlang Allahyarham telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Anugerah Hari Kebangsaan

1968
Public Administration Medal (Perak)

1981
Public Administration Medal (Emas)

1990
Public Service Star

1994
Long Service Medal

2006
Meritorius Service Medal


Anugerah dari Kerajaan Asing

1984
Royal Decoration of the Order of White Elephant -2nd class
(Thailand)

1987
Grand Cross of the Order of the Liberator General San Martin
(Argentina)

1996
Gran Cruz de la Orden al Merito de Chile
(Bernardo O'Higgins Grand Cross)


Anugerah National Trade Union Congress

1981
NTUC Friend of Labour Medal

1993
NTUC Meritorius Service Award

2000
NTUC Distinguished Service Award


Anugerah dari Organisasi Kemasyarakatan

1991
Singapore Anti-Narcotics Association Medal of Honour (Emas)

1993
MUIS 25th Anniversary Award

1995
Excellent Achievement Award - MESRA

1997
MENDAKI 15th Anniversary Award

1998
MUIS 30th Anniversary Award

1999
Majlis Pusat 30th Anniverary Award

1999
Bawean Teladan - Persatuan Bawean Singapura


TERBITAN BUKU

Pada tahun 2009 sebuah buku yang bertajuk "From Pondok Boy to Mr ASEAN" telah diterbitkan oleh Editions Didier Millet Pte. Ltd. Buku tersebut mengisahkan liku-liku hidup Allahyarham yang berasal dari anak seorang drebar sehingga berjaya menjadi seorang tokoh yang di hormati di ASEAN dan pelbagai pelusuk dunia.

Al-Fatehah
Marilah bersama kita hadiahkan surah Al-Fatehah dengan iringan doa, semoga roh Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir dikumpulkan oleh Allah s.w.t. dengan roh-roh para Solihin. Amin Ya Robal Alamin


"Semoga semangat dan ketokohan Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir akan menjadi sebagai inspirasi kepada anak-anak keturunan Bawean di pelbagai pelusuk dunia untuk meraih kejayaan dan berbakti kepada masyarakat" - Haji Morni Sulaiman, 30hb September 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan