Anugerah PBS

Pada setiap tahun, Persatuan Bawean Singapura (PBS) mengadakan majlis keramaian sempena perayaan Eid-u-Fitr. Lazimnya di majlis ini penyampaian anugerah-anugerah PBS diberikan kepada mereka yang layak menerimanya. Penyampaian ini bermula pada tahun 1999. Kemudian ianya diadakan lagi pada tahun 2000, 2006, 2007 dan 2009. Selepas tahun 2007 penyampaian anugerah-anugerah PBS telah ditetap akan diadakan pada setiap dua tahun sekali.

Anugerah Bawean Teladan, Anugerah Bawean Jasawan dan Anugerah Bawean Cermerlang adalah di antara anugerah-anugerah yang pernah diberikan oleh PBS kepada anak-anak Bawean Singapura. Pada tahun 2009 adalah pertama kali Anugerah Bawean Cermerlang diadakan dan penerimanya adalah Puan Hajah Rohanah bin Haji Pagi dan Saudari Sarah Aqilah. Di antara anugerah-anugerah yang diberikan di majlis ini, Anugerah Bawean Teladan adalah anugerah yang unggul di mana hanya seorang sahaja yang layak menerimanya. Sejauh ini sudah ada lima orang penerima Anugerah Bawean Teladan.

Hj Ridzwan Dzafir
Bawean Teladan 1999

Penerima pertama adalah Encik Haji Ridzwan bin Dzafir, mantan pengarah agung Lembaga Kemajuan Perdagangan (Director-General of Trade Development Board) yang juga pernah menjadi Presiden MUIS dan Duta Besar ke Bangladesh. Penerima yang kedua adalah Allahyarham Ustadz Haji Embek bin Ali, seorang guru agama yang sangat dikenali dengan usaha memerangi ajaran sesat.

Hj Ahmad Dawan
Bawean Teladan 2006

Penerima Anugerah Bawean Teladan yang ketiga pada tahun 2006 adalah Encik Haji Ahmad bin Dawan, mantan setiausaha Kehormat Kelab Sepak Takraw Bawean Putra. Beliau juga pernah mengendali rumah peralihan bagi bekas penagih dadah. Penerima keempat pada tahun 2007 adalah Encik Sujimy bin Mohamad, seorang usahawan berjaya yang memiliki Syarikat Screenbox Pte. Ltd. Penerima kelima adalah Encik Suhaimi Salleh, seorang konsultan yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SSA Consulting Group.

Sujimy Mohamad
Bawean Teladan 2007

Suhaimi Salleh
Bawean Teladan 2009

Anugerah Bawean Teladan ini adalah satu pengiktirafan dari PBS kepada anak-anak Bawean warga Singapura yang telah membuat pencapaian yang dapat dibanggakan oleh masyarakat Bawean. Aungerah Bawean Jasawan pula adalah satu pengiktirafan bagi mereka yang telah banyak berbakti dan berjasa kepada masyarakat manakala Anugerah Bawean Cermerlang adalah bagi mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cermerlang dalam bidang yang diceburi. PBS berharap anugerah ini dapat memberi perangsang kepada generasi muda keturunan Bawean Singapura untuk berusaha meningkatkan diri masing-masing ke tahap yang lebih tinggi dalam mengharungi hidup di muka bumi ini.


Penerima Anugerah Bawean Jasawan 2006

Hj Pagi Mansoor
Hj Sabthoo Manis
Hj Salleh Ahmad


Penerima Anugerah Bawean Jasawan 2007

Hj Diman Ahadi
Hj Hasan Wahyuni
Hj Kamis Maroan
Hj Md. Seain Madsom
Hajah Rohani Dahri
Hajah Salhawaty Shukor
Hjh Siti Aminah Satar 
Hjh Zahara Abdh. Fauzi


Penerima Anugerah Bawean Jasawan 2009

Ustazah Hjh Mariam Rauf
Hj Abdolah Lamat
Hj Basri

**********************************************************************

Penyampaian Anugerah
Persatuan Bawean Singapura
di majlis
Salam Lebaran 2011
17hb September
bertempat di
Hotel Furama Riverfront

Anugerah Bawean Teladan pada tahun 2011 telah diberikan kepada Saudara Mohamad Sanif Olek seorang pembuat filem dan pengarah televisyen yang bertauliah dan berpengalaman. Filem-filem pendek karya dan arahan beliau telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di persada seni setempat dan antarabangsa. Filem "Lost Sole" yang diselitkan dengan perbualan di dalam bahasa Bawean adalah di antara filem-filem pendek beliau yang telah ditayangkan di sebuah pesta filem antarabangsa dan berjaya memenangi anugerah filem terbaik.

Anugerah Bawean Jasawan telah diberikan kepada penyanyi Kassim Slamat. Lagu ''La O Be'' nyanyian beliau pernah disenaraikan dalam carta lagu-lagu hits di negara Jerman pada tahun enam puluhan. Anugerah Bawean Jasawan juga telah diberikan kepada Kiyai Haji Kassim, seorang guru agama yang sangat dihormati di Singapura. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada pembinaan masjid di Pulau Bawean. Anugerah ini juga telah diberikan kepada Haji Morni Sulaiman, bekas guru sekolah yang telah banyak menabur jasa di PBS, persatuan masyarakat Bawean Singapura

Julung-julung kalinya pada tahun ini PBS telah memberikan anugerah kepada seorang dari luar negera. Anugerah Bawean Jasawan International telah diberikan kepada Drs Cuk Sugrito, seorang sarjana pendidikan dan ketua Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) di Pulau Bawean, Indonesia. Beliau sangat dihormati oleh warga Pulau Bawean dan pihak pemerintah Indonesia.

Anugerah Rakan Bawean pada tahun ini telah diberikan kepada Mr Joe Pok yang telah banyak membantu PBS. Jasa-jasa beliau berkerjasama dengan masyarakat Bawean Singapura akan sentiasa dikenang.


Bawean Teladan 2011
Saudara Mohamad Sanif Olek
Pembuat filem dan Pengarah televisyen



Bawean Jasawan 2011
Encik Kassim Slamat
Penyanyi 60an



Bawean Jasawan 2011
Haji Morni Sulaiman
Bekas Guru Sekolah

 

Bawean Jasawan 2011
Kiyai Haji Kassim
Bekas Guru Ugama 

 

Bawean Jasawan International 2011
Drs Cuk Sugrito
Sarjana Pendidikan dan Pengetua Sekolah di Pulau Bawean



Rakan Bawean 2011
Mr Joe Pok