Sabtu, 18 Ogos 2012

Kejayaan Anak Keturunan Bawean Singapura Yang Amat Membanggakan

Pada tahun ini, salah seorang di antara pelajar yang menerima Biasiswa Presiden adalah seorang yang berketurunan Bawean. Kejayaan Saudara Adil Hakeem Mohamad Rafee sebagai Penerima Biasiswa Presiden tahun 2012 sangat membanggakan masyarakat Melayu/Islam di Singapura terutama sekali mereka yang berketurunan Bawean Singapura. Saudara Adil Hakeem juga adalah anak saudara kepada Haji Suhaimi Salleh, penerima anugerah Bawean Teladan 2009. Ikuti laporan Cyberita di halaman berikut.

Melayu Pertama Selepas 44 tahun

Bukti Pelajar Melayu Mampu Capai Kecemerlangan

Yaacob: Kejayaan yang amat membanggakan

Kejayaan Adil Hakeem diharap jadi perangsang kepada pelajar Melayu

Di halaman ini, Presiden dan seluruh Anggota Jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Adil Hakeem Mohammad Rafee serta Ayahnya, Encik Mohamad Rafee dan Ibunya, Cik Zulinah Mooksan. Kami turut berbangga atas kejayaan saudara Adil Hakeem sebagai salah seorang dari lima orang pelajar yang menerima Biasiswa Presiden tahun 2012. Semoga kejayaan saudara akan jadi pemangkin kepada para pelajar Melayu/Islam untuk terus mara kehadapan memburu kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

Jumaat, 13 Julai 2012

E-Flyer Singapura Stories untuk bekas penduduk Kampung Gelam-Rochor-Kallang

E-Flyer 13 Julai 2012
Singapura Stories: Cerita Kita Cerita Singapura


E-Flyer 13 Julai 2012 ini bertujuan menjemput bekas penduduk-penduduk Kampung Gelam-Rochor-Kallang untuk bertemu dan berkongsi maklumat berkenaan sejarah warisan masyarakat Melayu di Singapura. Yang membuat E-flyer ini menarik ialah isi kandungannya. Selain dari informasi tentang pertemuan ini, ia mempunyai butir-butir maklumat berkenaan sejarah masyarakat Melayu di Singapura. Pertemuan ini merupakan usaha awal untuk mengumpul warisan sejarah masyarakat Melayu Nusantara yang pernah memainkan peranan sosial dan ekonomi di persekitaran kawasan Kampung Gelam.

Pembentang di pertemuan ini ialah Dr Imran Tajudeen yang pernah berkongsi maklumat dengan Encik Haji Morni mengenai Masyarakat Bawean dan Masjid Bawean di Weld Road. Menurut Encik Haji Morni, seorang AJK PBS, masyarakat Bawean turut memainkan peranan menyemarakan dakwah Islam dengan membangunkan Masjid Bawean dan seperti masyarakat Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau, masyarakat Bawean pernah bermastautin di persekitaran Kampung Gelam.

Encik Haji Morni telah berkongsi pengetahuan di dalam usaha beliau mewawarkan tujuan pertemuan ini. Beliau telah menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam buku Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir, -From Pondok Boy to Singapore's "Mr ASEAN", seperti Pondok Sungei Topo terletak di Jalan Klapa, Pondok Sangkapura dan Pondok Daun pula terletak di kawasan Kampung Gelam. Beliau juga menerangkan bahawa ada beberapa buah pondok lain yang terdapat di kawasan Minto Road dan Tekka.

Kesan positif dari E-flyer ini sangat menarik terutama sekali apabila ia dengan sendirinya memulakan berkongsi maklumat perkenaan sejarah warisan masyarakat Melayu di Singapura sebelum bermulanya acara pertemuan pada hari ini, 13hb Julai 2012 jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Sabtu, 9 Jun 2012

Siapakah Pak Cuk Sugrito -Jasawan International 2011


Pak Cuk Sugrito, Ketua Umum Keluarga Toghellan Bawean (KTB), adalah seorang tokoh budaya di Pulau Bawean yang telah menubuh Beku Bhei Bhei pada tahun 1998. Beku Bhei Bhei ialah sebuah Lembaga Eskavasi Budaya bagi menghidupkan serta memberi nafas baru kepada seni tradisi Bawean seperti mandiling, kerecengan, dhungka, korcak, dikker, pencak, konto, pokolan, gembus, bersanjien, panton panaghen, petoa dan mbuk-mbuk manyang.


Ikuti laporan di Cyberita
mengenai beliau dan kegiatan seni Bawean.
'Jasawan' gigih lestari seni tradisi Bawean
(oleh Saini Salleh - Cyberita)