Bahasa Bawean


Bahasa Bawean Selat

Bahasa Bawean yang dipaparkan di sini adalah BAHASA BAWEAN SELAT iaitu Bahasa Bawean yang dituturkan oleh orang-orang Bawean yang telah lama bermastautin di Singapura dan Malaysia. Perkataan-perkataan yang digunakan banyak yang diserap atau diadaptasi dari Bahasa Melayu asli dan Bahasa Melayu yang diambil dari Bahasa Inggeris. 

Bahasa Bawean bersandarkan enam huruf vocal (vowel) yang juga disebut huruf saksi (a,e,ë,i,o,u). Bahasa Bawean mempunyai 17 konsonan (b,c,d,g,h,j,k,l,m,n,o,p,r,s,t,w,y). Konsonan (f,q,v,z) kurang didapati dalam Bahasa Bawean.

Contoh-contoh perkataan dalam Bahasa Bawean yang menggunakan vowel:

  i)   a : anak = anak

 ii)   e : ehson = aku
         
iii)  ë : ëmphën = dukung

iv)  i : ijëb = ijab

iv) o : oreng  =  orang

 v) u : ulët  = ulat (olak)

Bahasa Bawean belum mempunyai kaedah / pedoman ejaan rasmi. Perkataan Bahasa Bawean dieja dan disebut mengikut bunyinya (fonetik).

(Dipetik dari Lelaman Lama PBS )