Jumaat, 13 Julai 2012

E-Flyer Singapura Stories untuk bekas penduduk Kampung Gelam-Rochor-Kallang

E-Flyer 13 Julai 2012
Singapura Stories: Cerita Kita Cerita Singapura


E-Flyer 13 Julai 2012 ini bertujuan menjemput bekas penduduk-penduduk Kampung Gelam-Rochor-Kallang untuk bertemu dan berkongsi maklumat berkenaan sejarah warisan masyarakat Melayu di Singapura. Yang membuat E-flyer ini menarik ialah isi kandungannya. Selain dari informasi tentang pertemuan ini, ia mempunyai butir-butir maklumat berkenaan sejarah masyarakat Melayu di Singapura. Pertemuan ini merupakan usaha awal untuk mengumpul warisan sejarah masyarakat Melayu Nusantara yang pernah memainkan peranan sosial dan ekonomi di persekitaran kawasan Kampung Gelam.

Pembentang di pertemuan ini ialah Dr Imran Tajudeen yang pernah berkongsi maklumat dengan Encik Haji Morni mengenai Masyarakat Bawean dan Masjid Bawean di Weld Road. Menurut Encik Haji Morni, seorang AJK PBS, masyarakat Bawean turut memainkan peranan menyemarakan dakwah Islam dengan membangunkan Masjid Bawean dan seperti masyarakat Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau, masyarakat Bawean pernah bermastautin di persekitaran Kampung Gelam.

Encik Haji Morni telah berkongsi pengetahuan di dalam usaha beliau mewawarkan tujuan pertemuan ini. Beliau telah menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam buku Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir, -From Pondok Boy to Singapore's "Mr ASEAN", seperti Pondok Sungei Topo terletak di Jalan Klapa, Pondok Sangkapura dan Pondok Daun pula terletak di kawasan Kampung Gelam. Beliau juga menerangkan bahawa ada beberapa buah pondok lain yang terdapat di kawasan Minto Road dan Tekka.

Kesan positif dari E-flyer ini sangat menarik terutama sekali apabila ia dengan sendirinya memulakan berkongsi maklumat perkenaan sejarah warisan masyarakat Melayu di Singapura sebelum bermulanya acara pertemuan pada hari ini, 13hb Julai 2012 jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan