Rabu, 14 September 2011

Sejarah Penerima-Penerima Anugerah Bawean Teladan II

Catatan PBS Facebook
oleh
 Hj Faizal Wahyuni
pada
12hb September 2011


"Maaf kerana kelewatan sambungan mengenai sejarah penerima-penerima Anugerah Bawean Teladan.

Almarhum Ustadz Hj Embek Ali merupakan penerima Anugerah Bawean Teladan yang kedua selepas Encik Hj Ridzwan Dzafir. Selain daripada pembentuk dan pelopor persatuan PERDAUS, Almarhum juga telah memainkan peranan penting dalam membasmi ajaran-ajaran sesat di Singapura pada tahun 1980an dan 1990an.

Sumbangan beliau dalam mebanteras ajaran sesat telah diiktiraf oleh pihak MUIS. Bagi pihak PERDAUS, Almarhum telah dapat menarik dan mengasuh pemimpin-pemimpin muda seperti Encik Masagos Zukifli, yang pada ketika itu adalah CEO/Naib Presiden, SingTel Global Offices dan para asatizah muda seperti Ustadz Haniff Hassan dll untuk bergiat dan setelah itu mengambil alih kepimpinan PERDAUS daripada Almarhum.

Seperti yang diketahui umum, Encik Masagos Zulkifli sekarang adalah Menteri Negara bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan cara ini, PERDAUS telah dapat menubuhkan Mercy Relief hingga ianya maju dan membesar hingga setanding dengan Red Cross bagi kerja-kerja peri kemanusiaan.

Saya mohon agar kita dapat sekiranya sedekahkan surah Al-Fatihah bagi Almarhum yang telah mengharumkan nama orang Bawean di Singapura. Al-Fatihah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan