Ahad, 14 Ogos 2011

Mesej dari Tuan Pengerusi Majlis Anugerah Bawean Teladan 1999

Setelah menyingkap kata-kata aluan dari Presiden PBS 1999, Tuan Haji Sabtoo bin Manis, di majlis Anugerah Bawean Teladan yang pertama, di ruang ini pula kami menghidupkan kembali mesej yang disampaikan oleh Naib Presiden PBS 1999, Tuan Haji Faizal bin Wahyuni yang kini menyandang jawatan sebagai Presiden PBS di persatuan ini.

Petikkan mesej Tuan Haji Faizal bin Wahyuni
dari buku kecil terbitan PBS sempena peyampaian
Anugerah Bawean Teladan 1999

"Semenjak pertubuhan dan perkembangan AMP dan Mendaki, Persatuan Bawean Singapura (PBS) seperti tidak lagi relevan dan hilang peranan dan haluan.
Semasa tahun enam-puluhan ('60) PBS telah menjalankan program menggalak pelajaran dan persekolahan sekular kepada ibu-bapa masyarakat Bawean yang sewaktu itu telah mementingkan pelajaran ukhrawi.

Di masa tahun 70an pula PBS telah giat menjalankan kempen untuk menasihati masyarakat Bawean tentang kepentingan mempelajari bahasa Inggeris di-kalangan anak-anak sekular Bawean.

Oleh kerana Mendaki dan AMP sekarang mewakili masyarakat Melayu/Islam di-dalam pelajaran, PBS seakan telah hilang arah dan tujuan. Malah tidak salah jika dikatakan sama ada pertubuhan etnik seperti PBS masih diperlukan atau ada peranan di Singapura dengan peningkatan peranan AMP dan Mendaki didalam negeri kita ini.

Sebagai seorang anak Bawean yang 'ditarik' masuk ke PBS oleh bapanya, saya telah mula menikmati adat dan budaya (seperti derincingan dan sekatan) dan bahasa Bawean yang unik dan berlainan daripada kaum Melayu yang lain.

Saya sekarang sedar bahawa adat, budaya dan bahasa adalah satu warisan yang harus disampaikan kepada satu generasi kepada generasi sesudahnya untuk memuaskan bahawa ini bukan hanya sekadar wujud tetapi diharungi dan dinikmati dan tidak dilupa denga peredaran zaman.

Saya percaya disinilah PBS dapat memainkan peranan penting untuk mendorong masyarakat Bawean di Singapura, terutama anak-anak muda, untuk menghargai warisan mereka.

Di zaman ini, kerap kita dapati murid-murid Melayu yang telah bersekolah dan diajar di dalam bahasa Inggeris menghadapi masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Saya harap dengan sokongan yang kuat dan aktif daripada masyarakat Bawean, mahupun yang muda atau yang tua, PBS dapat memupuk satu arah baru untuk terus bergiat dengan kuat buat alaf yang baru.

Akhir sekali saya ingin menyeru pada masyarakat Bawean untuk berdaftar sebagai ahli PBS kerana ianya sangat menyedihkan bila didapati PBS hanya ada lebih kurang 200 ahli sedangkan rakyat Singapura yang berbangsa Bawean melebihi 120,000 orang. Ia adalah satu tanggung-jawab setiap orang Bawean untuk memastikan adat istiadat mereka akan terus hidup. PBS hanya dapat memainkan peranan apabila ia mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat Bawean seluruhnya. Ini kerana kekuatan PBS terletak kepada kekuatan dan sokongan anggotanya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan