Selasa, 13 September 2011

Pertemuan PBS dan IKBB

Catatan PBS Facebook
oleh
Haji Faizal Wahyuni
pada
14hb July 2011


"PBS telah bertemu dengan pihak Ikatan Keluarga Bawean Batam pada 25 & 26 June. Kebetulan Bpk Baharuddin dari Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) dari Pulau Bawean sedang berada di Batam kerana menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya.

Tujuan PBS (rombongan seramai 22 orang) bertemu dengan IKBB adalah untuk:-

Pertama, membentuk satu kumpulan budaya Bawean dibawah kelolaan IKBB dan di beri sokongan kewangan oleh PBS;

Kedua, adalah untuk menilai mutu persembahan dari kumpulan budaya yang ada sekarang.

Perbincangan selepas ba'da Isyak hingga hampir jam 12 malam telah berakhir dengan rombongan seramai 30 pegawai serta penghibur dari IKBB dan KTB diundang untuk membuat persembahan di majlis Anugerah Bawean Teladan (Halal Bil Halal) PBS pada 17 September 2011 di Furama Hotel.

Rancangan sedang dibuat untuk beberapa ahli JKT PBS melawat Batam sekali lagi untuk melihat acara persembahan yang akan di muatkan di Anugerah Bawean Teladan kelak. Salam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan